Kelas Microsoft Office Individu

3 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 2 September 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah diadakan kelas Microsoft Word secara individu. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang telah datang sendiri ke pusat internet untuk melakukan tugasan beliau. Beliau yang juga seorang kontraktor bebas menjalankan perniagaan konsultansi beliau. Beliau turut diajarkan cara menyimpan maklumat di dengan membuat jadual serta menaip beberapa tugasan yang diperlukan bagi menyiapkan tugasan kerja beliau.

Selain itu, beliau juga turut diberikan pendedahan dalam menyimpan dokumen Microsoft tadi kepada bentuk format fail PDF. Setelah itu, beliau diajarkan cara mencetak tugasan yang telah disiapkan. Kelas berjalan dengan baik serta berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula 9:30 pagi hingga 11:30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali